Min tak sangka sikap pemandu kita dipuji oleh rakyat Indonesia.
Seorang rakyat Indonesia membuat hantaran di Tiktok memuji sikap pemandu kita yang dikatakan berhemah.
Menurut beliau, pemandu Malaysia tetap sabar berada di belakang lori, tidak memotong di laluan bertentangan.
Tambah beliau, kebanyakan pemandu Malaysia tak menjadi lane-hogger di lorong sebelah kanan.
Min rasa, kalau kat Malaysia ni kita buat macam tu, sekejap je dah kena viral kan?
Apapun, tahniah kepada pemandu Malaysia yang sabar dan berhemah ketika memandu.

– Sumber: SAYS

