Cerita – Truly Malaysian

Syakir Kendali Perniagaan Umrah Pada Umur 21 Tahun
Pada usia yang baru mencecah 21 tahun, Muhammad Syakir Alif Che Razali mengorak langkah berani menubuhkan syarikat yang menyediakan perkhidmatan umrah dan haji, satu bidang yang jarang diceburi oleh anak muda seusianya.

Keyakinan anak muda dari Bachok, Kelantan itu untuk menerajui Hijrah Alliance Travel Sdn Bhd sejak awal tahun ini bersandarkan kesedaran bahawa selain potensi besar dari segi ekonomi, bidang tersebut juga memberikan nilai kerohanian yang mendalam.

“Saya mendapat pendedahan awal daripada keluarga kerana bapa pernah memiliki syarikat menawarkan perkhidmatan yang sama tetapi ditutup akibat pandemik COVID-19. Selain itu, saya juga bercita-cita untuk mempunyai syarikat sendiri sebelum berusia 25 tahun,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini baru-baru ini.

Menurut anak muda itu, minatnya dalam bidang itu juga timbul selepas menyedari pekerjaan membawa jemaah mengerjakan umrah memberikan ganjaran pahala kepadanya selain menjana pendapatan.

Selepas menjalani latihan industri selama sebulan di Makkah ketika mengikuti pengajian Diploma Pengurusan Haji Umrah di bawah YEG Academy, minatnya terhadap bidang itu terus mengukuh.

Bagi meningkatkan pengetahuan, Muhammad Syakir Alif kini melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Haji Umrah yang ditawarkan oleh YEG Academy dengan kerjasama Kolej Antarabangsa Inovatif.

“Bagi saya ilmu teori dan praktikal adalah dua perkara berbeza. Pengajian teori penting untuk melengkapi pengalaman praktikal yang ada. Saya ingin memahami lebih mendalam tentang dunia pengurusan umrah dan haji, sebab itu saya perlu ada ilmu untuk mengembangkan syarikat saya lebih jauh,” katanya.

Bekas pelajar Maahad Muhammadi Lelaki di Kelantan itu juga bercita-cita untuk memperoleh lesen Pengelola Jemaah Haji dalam tempoh lima tahun.

Bersama-sama dengan dua sahabat baiknya, Muhammad Syakir Alif berjaya menguruskan lebih 60 jemaah umrah pada tahun ini dan menyasarkan enam perjalanan ke Makkah dan Madinah setiap tahun.

Kemahiran berbahasa Arab menjadi aset berharga bagi anak muda ini dalam menguruskan jemaah umrah di Tanah Suci.

“Orang Arab sangat menghargai bahasa mereka dan kurang gemar menggunakan bahasa Inggeris. Kemahiran yang saya ada ini memudahkan komunikasi saya dengan jemaah dan pihak berkuasa di sana,” jelasnya.

– Sumber: BERNAMA

Adib Tinggalkan Dunia Kewartawanan Untuk Bantu Perniagaan Kecil
Dalam usaha memperkasakan perniagaan kecil di Sarawak, Mohd Adib Othman meninggalkan kerjaya sebagai wartawan penyiaran dan memulakan sebuah platform yang menyediakan ruang untuk peniaga kecil beroperasi tanpa dibebani kos tinggi.

Menggunakan model perniagaan konsainan, Mohd Adib, 44, membuka Takeaway 2 di Satok di sini, di mana vendor tidak dikenakan bayaran sewa ruang berniaga sebaliknya cuma membayar komisen secara bulanan.

“Pendekatan ini memberi peluang kepada peniaga kecil memasarkan produk mereka tanpa dibebani kos operasi yang tinggi. Kami hanya ingin membantu peniaga kecil memperluas pasaran mereka,” katanya kepada Bernama.

Bagi menjamin kualiti dan keselamatan produk di Takeaway 2, Mohd Adib berkata pihaknya melakukan saringan ketat ke atas vendor terbabit yang menjual pelbagai jenis makanan termasuk produk sejuk beku, makanan kering, minuman dan pencuci mulut.

“Sebenarnya saya meneruskan model perniagaan yang dimulakan oleh kakak ipar Sharifah Laila Wan Mustafa yang membuka premis pertama Takeaway di Kampung Gita, Petra Jaya pada Ogos 2023.  Apabila melihat potensi besar perniagaan cara ini, saya turut mengambil peluang,” katanya.

Dalam kalangan pengamal media di Sarawak, nama Mohd Adib bukanlah asing kerana beliau berkhidmat sebagai wakil TV3 di Sarawak selama sedekad.

Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan pada 2009, beliau menimba pengalaman dan kemahiran yang kini membantunya dalam perniagaan.

“Bukan mudah untuk saya tinggalkan dunia media, tetapi kerana minat mendalam terhadap perniagaan saya beranikan diri dan meletak jawatan pada 2021,” katanya.

Menurutnya, beliau mula mengenali dunia perniagaan selepas membantu abangnya, seorang kontraktor elektrik, menguruskan perniagaan keluarga.

“Sebagai wartawan, saya banyak berhubung dengan pelbagai pihak dan mendapatkan maklumat. Kemahiran itu saya gunakan untuk membantu abang saya dalam perniagaan kontraktor. Dari situ, minat saya dalam dunia perniagaan semakin berkembang,” katanya.

Beliau memulakan operasi Takeaway 2 pada Mac lepas dan memilih Satok sebagai lokasi selepas mengambil kira kedudukan pekan itu yang merupakan antara kawasan beli-belah utama komuniti bandar raya ini, selain mudah diakses oleh vendor.

“Kami sentiasa mencari produk-produk jarang ditemukan yang berkualiti tinggi untuk ditawarkan kepada pelanggan. Contohnya, jus nanas MD2 yang 100 peratus asli tanpa campuran gula. Ini antara usaha berterusan kami dalam memastikan produk yang dijual memenuhi cita rasa pelanggan,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Adib berkata kejayaan perniagaan beliau tidak hanya diukur melalui keuntungan tetapi juga pencapaian vendor yang menyertai beliau.

“Dengan sokongan yang padu dan platform yang tepat, saya berharap Takeaway 2 akan mampu memberikan impak positif kepada ekonomi tempatan dan meningkatkan daya saing peniaga-peniaga kecil di Sarawak,” tambahnya.

Sumber: BERNAMA

Berkereta Vintaj 1968, Daud Mengembara Dari Malaysia Ke Perancis
Menyimpan hasrat sejak kecil untuk mengembara merentasi dunia dengan memandu kereta vintaj, Mohd Daud Kassim berjaya merealisasi hasrat itu pada usia 65 tahun.

Memandu Mercedes W114 keluaran 1968,  usahawan dalam sektor kuasa ini memulakan pengembaraannya pada 15 Sept lalu ditemani rakan baiknya Zainal Md Said, 48 yang juga mekanik berpengalaman, menuju Thailand.

Selepas lebih 80 hari dan merentasi 20 buah negara, antaranya China, Azerbaijan, Greece, Macedonia Utara, Bosnia, Croatia, Hungary, Jerman dan Belanda, mereka tiba di Marseille, Perancis pada 3 Dis lalu, menamatkan perjalanan sejauh kira-kira 24,000 kilometer.

“Ketika zaman kanak-kanak,  saya sering menonton drama komedi Amerika The Beverly Hillbillies  yang popular pada era 1960-an dan 70-an, mengisahkan keluarga miskin yang tinggal di pedalaman dan secara tiba-tiba menjadi kaya selepas menemukan minyak di tanah mereka.

“Keluarga itu kemudiannya berpindah ke Beverly Hills dengan membawa banyak barang termasuk peralatan memasak, menaiki kereta vintaj 1921 Oldsmobile Model 46 Roadster…masa tu saya tengok macam seronok sangat. Dari situ timbul hasrat nak mengembara cara berkereta, ” kongsinya ketika dihubungi Bernama.

Menurut anak kelahiran Segamat, Johor ini, beliau mendapat inspirasi untuk menggunakan kereta vintaj itu selepas melihat bapa saudaranya Allahyarham Md Kasim Mohamed menyertai perarakan London-Sydney Marathon pada 1977 dengan menaiki kereta Fiat 132 GLS.

Berkongsi tentang persediaan mengharungi perjalanan itu, bapa kepada tiga orang anak dan datuk kepada tiga cucu ini mula membaik pulih kereta klasik tersebut sejak empat tahun lepas.

“Kelebihan kereta vintaj ini ialah binaannya mekanikal sepenuhnya, jadi mudah untuk penyelenggaraan dan pembaikan,” jelasnya.

Ditanya tentang cabaran, Mohd Daud berkata antara masalah terbesar yang dihadapinya sepanjang perjalanan itu ialah proses untuk merentasi sempadan beberapa negara, melibatkan dokumentasi.

“Saya hadapi masalah ini antaranya ketika mahu merentasi Rusia yang memaksa saya mengubah haluan ke Azerbaijan dan seterusnya menyeberangi Laut Caspian menaiki feri di Aktau, Kazakshtan.

“Satu pengalaman yang sangat mencabar kerana kami tiada rujukan atau orang yang berpengalaman menggunakan laluan ini. Kebanyakan orang akan melalui Rusia, tapi kami tidak boleh masuk dengan kereta kerana menggunakan e-visa,” jelasnya, menambah Azerbaijan tidak termasuk dalam perancangan asal mereka.

Selain itu, mereka juga berdepan cabaran ketika ingin melepasi  sempadan Georgia ke Turkiye kerana perlu menurunkan semua barangan dari kereta termasuk peralatan berkhemah dan memasak bagi pemeriksaan.

“Di sini, kereta saya perlu memasuki mesin pengimbas dan kereta perlu berada dalam keadaan kosong daripada muatan. Memang memenatkan kerana selepas itu saya perlu masukkan balik barang-barang yang berat ini sebelum meneruskan perjalanan keluar ke Turkiye,” katanya, menambah mereka juga pernah membaiki kereta di tepi jalan selepas kenderaan itu mengalami kerosakan.

Beliau juga menghadapi detik cemas apabila terperangkap dalam  ribut salji ketika berada di pergunungan antara Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina, di mana kereta mereka tidak dapat bergerak dan memerlukan bantuan lebih lima orang penduduk tempatan untuk memasang snow chain pada tayar kereta sebelum dapat meneruskan perjalanan.

“Kami menguruskan kereta dalam keadaan menggigil kesejukan selain kelaparan. Mujur ada rakyat tempatan yang membantu walaupun ada kekangan bahasa,” katanya yang turut berkongsi menginap di hotel di dalam keadaan gelap gelita selepas bekalan elektrik terputus.

“Apapun saya berharap kisah saya ini dapat menjadi inspirasi dan pemangkin kepada individu lain untuk mencapai impian mereka,” katanya lagi.

Sumber: BERNAMA

Chazynash Terima Penghargaan Kerana Selamatkan 4 Warga Indonesia Hanyut Di Laut
Chazynash dan juga seorang pempengaruh media sosial menerima sijil penghargaan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution baru-baru ini

Difahamkan, beliau bersama-sama lagi rakan yang lain telah menyelamatkan empat nyawa warga Indonesia yang hanyut di laut selama empat (4) hari setelah bot mereka karam dilanggar kapal tangki di sekitar perairan antarabangsa.

Maritim Malaysia dalam satu kenyataannya di Facebook berkata, sijil tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan atas tindakan dan bantuan menyelamat empat nelayan warga Indonesia.

Kata kenyataan itu lagi, kumpulan nelayan tersebut hanyut dan terapung di perairan Pulau Jarak, Perak pada 20 November lalu.

“Keberanian dan tindakan pantas yang dihulurkan telah berjaya menyelamatkan nyawa mangsa yang dalam kecemasan.

“Malah dengan tindakan tersebut juga dapat mengurangkan bilangan kes kehilangan nyawa di laut,” katanya dalam satu kenyataan.

Seramai tujuh individu dan dua wakil pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima sijil penghargaan khas daripada Maritim Malaysia

Individu yang menerima sijil penghargaan khas itu ialah Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah, Muhammad Afiq Sazali, Luqman Al Hakim Mohd Sabri, Mohamad Khushairi Mohamad Zuki, Muhammad Afif Abdul Rahman, Muhammad Syukri Yuhanda dan Ismail Ibrahim.

Sementara dua pihak TLDM yang menerima sijil penghargaan khas Maritim Malaysia adalah daripada Stesen Jarak TLDM dan KD Mahamiru.

Kata kenyataan itu lagi, bersempena peluncuran kempen kesedaran keselamatan Monsun Timur Laut (MTL), penyerahan sijil penghargaan tersebut bersesuaian menghargai jasa dan sumbangan diberikan oleh komuniti maritim.

Menurutnya, sumbangan dalam memberi bantuan awal terhadap sebarang insiden kecemasan di laut merupakan satu contoh teladan baik kepada seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, ia jelas mempamerkan semangat tolong-menolong dan saling membantu tanpa mengira latar belakang mangsa.

“Maritim Malaysia mengharapkan agar tindakan dan bantuan seumpama itu akan memberi impak besar kepada masyarakat.

“Selain itu, ia dapat memperkukuhkan semangat perpaduan dan keprihatinan terutama dalam kalangan komuniti maritim,” ujarnya.

Dalam kejadian pada 20 November lalu, kumpulan pemancing tempatan ternampak kesemua mangsa sedang melambai-lambai ke arah mereka untuk meminta pertolongan.

Susulan itu, mereka yang sedang memancing dengan segera membawa bot yang dinaiki mendekati keempat-empat individu berkenaan.

Difahamkan, bot yang dinaiki keempat-empat nelayan warga Indonesia itu karam selepas dilanggar sebuah kapal di sekitar perairan negara jiran tersebut.

Lebih mengejutkan, keempat-empat warga negara jiran itu sudah berada di laut selama empat hari tanpa makan dan minum.

Sumber: says.com

Sekumpulan Hamster Comel Dikesan di Kota Damansara
Sekumpulan hamster comel bergerak dalam barisan dikesan di jambatan miniature di sebuah petting zoo di Kota Damansara.

Seorang pengguna Tiktok @sueztlm memuat naik video berkenaan di Tiktok dan berjaya meraih tontonan sebanyak 1.3 juta serta lebih 78 ribu like.

Video tersebut mendapat reaksi positif ramai netizen yang teruja dengan kecomelan mereka.

Ramai juga yang menyamakan hamster-hamster tersebut seperti watak-watak dalam kartun Wonder Pets dan G-Force.

Seorang netizen meninggalkan komen, “mereka sedang dalam misi untuk menyelamatkan dunia”.

Petting zoo tersebut ialah Just Pets Megastore yang mengadakan “Guinea Pig Bridge Show”, setiap hari pada pukul 11.30 pagi dan 5 petang.

Sumber: says.com

Banduan Terima PhD Dalam Penjara Dibebaskan Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) ketika di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, semalam

Menerusi Facebook Jabatan Penjara Malaysia, Murad (bukan nama sebenar) yang telah menjalani hukuman dari tahun 2001 semasa berusia 14 tahun menjalani hukuman sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang.

Untuk makluman, Murad merupakan prospek pertama Jabatan Penjara Malaysia yang bergelar Doktor Falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan setelah menyambung pelajaran semasa menjalani hukuman pemenjaraan.

Ketika proses pembebasan murad semalam, suasana gembira dan hiba jelas terpancar di wajahnya setelah dibacakan waran pembebasan oleh YDH.

TKP Preshahdin bin Monshee Pengarah Penjara Kajang. TKP Preshahdin dalam sesi pembebasan murad juga menasihatkan agar Murad sentiasa mengamalkan disiplin yang tinggi serta menggunakan ilmu yang ada dalam memajukan diri selepas dibebaskan.

Tambah Tuan Preshahdin lagi, pihak Jabatan sedia membantu sekiranya Murad memerlukan bantuan.

Zahir rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak kerana memberikannya peluang

Murad juga menzahirkan kesyukuran dan menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diatas pengampunannya serta tidak dilupakan terutamanya Jabatan Penjara Malaysia kerana memberikan peluang dan ruang kepadanya untuk menyambung pengajian sehinggalah bergelar Doktor Falsafah.

Tambah Murad, segala jasa baik dari pihak Jabatan akan sentiasa dikenang dan percaya dengan peranan jabatan dalam memulihkan prospek sepertinya agar dikembalikan dengan lebih sempurna.

image via Jabatan Penjara Malaysia

Sumber: says.com

Sukan Motosikal Lasak, Shamira Tak Gentar Cabar Lelaki
Walaupun sukan motosikal lasak lebih sinonim dan dipelopori kaum lelaki, namun ia tidak menghalang pembantu pengurus bank Nor Shamira Nor Azahar, 29, untuk terus mengembangkan bakatnya dalam bidang yang diceburinya sejak 17 tahun lalu.

Anak jati kelahiran Kuala Kangsar itu berkata, minat terhadap sukan tersebut berputik selepas sering mengikut bapanya, Nor Azahar Ismail, 65, yang aktif menyertai pelbagai kejohanan motosikal lasak di seluruh Malaysia.

“Sekitar tahun 2007 dan pada usia 12 tahun, saya mula beranikan diri untuk mencuba sukan ini. Ayah antara ‘guru’ saya pada waktu itu yang banyak mengajar tentang cara menunggang motosikal dengan betul, bagaimana nak kawal klac tangan dan sebagainya.

“Saya ambil setahun untuk memahirkan diri dan alhamdulillah, dari sekadar mengisi masa lapang, saya kemudian turut aktif menyertai pertandingan motosikal lasak di seluruh negara,” katanya ketika ditemui Bernama sewaktu menyertai Rimba Raid Lenggong 2024 (juga dikenali sebagai perlumbaan Enduro) di sini, baru-baru ini.

Untuk rekod, sejak tahun 2016 hingga 2023, perlumbaan Enduro ini berlangsung di Kuala Tahan, Pahang.

Anak ketiga dari lima beradik itu menjelaskan, sepanjang berkecimpung dalam sukan tersebut, dia banyak meraih pengalaman dengan menyertai dua jenis perlumbaan motosikal lasak melibatkan kategori Motocross (MX) dan Enduro.

Menurut Shamira, dia memberi lebih penumpuan kepada perlumbaan Enduro yang amat memberikan kepuasan selain menguji ketahanan mental serta fizikal. Shamira menyertai perlumbaan Enduro ini sejak tahun 2022.

“Kategori MX, jarak keseluruhan litar hanya dua kilometer selain terdapat halangan yang perlu ditempuhi seperti ‘table top,’ ‘single jump,’ ‘double jump,’ manakala Enduro pula jaraknya beratus kilometer serta memakan masa dua hingga tiga hari untuk dihabiskan.

“Enduro lebih mengujakan pada saya kerana ia memerlukan kita menggunakan segenap kekuatan untuk menempuh pelbagai halangan sukar dan lasak,” katanya.

Selain itu, Shamira berkata, kejayaan dinobatkan sebagai pelumba wanita terpantas dalam perlumbaan Rimba Raid Lenggong 2024 (Lenggong, Perak) bagi kategori 250-500cc pada September lepas, merupakan pencapaian tertinggi pernah diraih sepanjang bergelar pelumba motosikal lasak.

Kejayaan itu, katanya, juga banyak dibantu oleh jenama motosikal KTM Asia yang sanggup menaja serta memberi peluang kepadanya menggunakan jentera KTM EXC 250 Six Days bagi mengharungi perlumbaan yang memakan masa selama tiga hari itu.

“Selain dinobatkan sebagai pelumba wanita terpantas, saya juga meraih kedudukan ketujuh daripada keseluruhan peserta yang mengambil bahagian dalam kategori tersebut.

“Bagi saya pencapaian yang diraih itu bukan sesuatu mudah dan ia menguatkan lagi tekad saya untuk terus melakar kejayaan demi kejayaan dalam sukan ini,” katanya.

Gadis berketinggian 155 sentimeter itu menambah, dalam setiap perlumbaan yang ditempuhi, faktor keselamatan merupakan antara elemen utama yang perlu diberikan penekanan bagi mengelak situasi tidak diingini daripada berlaku.

“Saya sendiri pernah patah dua jari tangan kanan pada 2009 dan mengalami kecederaan di bahu sebanyak dua kali pada 2010 dan 2012. Ia satu lumrah kepada sesiapa sahaja yang berminat mahu sertai sukan ini.

“Cuma nasihat saya, jangan ambil mudah hal keselamatan serta perlu pastikan motosikal berada pada tahap terbaik sebelum memulakan latihan atau perlumbaan,” katanya.

Ditanya tentang pandangan masyarakat terhadap penglibatan wanita dalam sukan itu,  Shamira berkata, meskipun ramai memberi dukungan, namun ada juga yang tidak bersetuju terutama kaum lelaki.

“Kita kena terima hakikat bahawa apa yang kita lakukan mesti akan ada yang sokong dan bantah. Apa yang boleh saya beritahu, wanita yang ingin terbabit dengan sukan ini, jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru,” katanya.