Berita – Truly Malaysian

Ella Ceburi Industri Fesyen Muslimah
Setelah berjaya bergelar “tauke cili”, Ratu Rock Negara Ella terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan dan kali ini memilih  bidang fesyen muslimah melalui jenama RockQueen yang ditubuhkannya  tiga tahun lepas.

Ella, atau  nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 57, berkata langkah berkenaan diambil berdasarkan minat mendalamnya terhadap fesyen, selain keinginan untuk memberi inspirasi kepada perubahan diri dan budaya ekspresi diri.

RockQueen menurut isteri kepada Azhar Ghazali itu,  diinspirasikan oleh gaya urban dengan sentuhan elegan minimalis yang menggabungkan perincian berani selain turut direka bagi memastikan keselesaan dalam pergerakan.

Sumber gambar: malaymail.com

“Saya suka fesyen dan saya suka abaya (jubah), tetapi saya tidak mahukan abaya yang sama seperti yang biasa dilihat. Sebaliknya, saya mahukan abaya yang lebih bergaya dengan unsur-unsur berani, unik dan moden, sesuai dengan cita rasa saya.

“Setiap koleksi pakaian ini hasil ilham saya sendiri yang juga dipengaruhi oleh pengalaman saya selepas menunaikan haji,” katanya kepada media selepas pelancaran jenama itu di Muslimah Fest 2024, di sini baru-baru ini.

Biarpun sibuk dengan perniagaan, pelantun lagu Layar Impian ini berharap karier seninya juga terus bergerak seiring.

“Walaupun saya sibuk merancang melebarkan sayap perniagaan ke pasaran antarabangsa, saya juga berhasrat mengadakan konsert solo pada tahun depan.

“Kali ini, saya akan tampil dengan konsert yang berbeza. Saya teruja dan tidak sabar menantikannya. Jika tiada aral melintang, mungkin saya juga akan muncul dengan album baharu, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai  program realiti Gegar Vaganza yang dikatakan merendahkan martabat artis bertanding, Ella berpendirian program terbitan Astro itu merupakan satu platfom persaingan bakat yang sihat dalam kalangan penyanyi berpengalaman untuk  kembali aktif dalam bidang nyanyian.

“Saya rasa program ini tidak memalukan, malah ia adalah satu program yang sihat kerana ia mencabar diri kita sendiri. Mereka yang berani dan berminat untuk menyahut cabaran, boleh menyertainya… kenapa tidak?

“Jika mahu membaiki format Gegar Vaganza, ia boleh ditambah baik untuk menjadi lebih berkualiti. Apapun, ia tetap sebuah program yang bagus,” katanya yang pernah tampil sebagai juri jemputan dalam All Stars Gegar Vaganza.

Penyanyi Man Bai sebelum ini dilaporkan mengaku tidak berminat untuk terbabit dalam program Gegar Vaganza kerana menyifatkan format pertandingan nyanyian itu memalukan penyanyi berpengalaman.

Sumber: BERNAMA

PM Thailand sokong peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, menyatakan sokongannya terhadap peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun depan.

Beliau turut menyuarakan harapan Malaysia dan Thailand dapat bekerjasama demi kebaikan kedua-dua negara dan ASEAN secara keseluruhannya.

“Saya komited untuk mengekalkan dinamik hubungan kita dan usaha ke arah keamanan dan kemakmuran bersama,” kata beliau pada sidang media bersama pada Isnin.

Paetongtarn dalam lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber: Sinar Harian

Kembar Menang Anugerah Emas Queen’s Commonwealth Essay Competition 2024
Saudara kembar, Anas Rayyan Muhammad Shaifuddin dan Amir Rayyan Muhammad Shaifuddin, kedua-duanya pelajar tingkatan 2 Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), mengharumkan nama negara dengan memenangi Anugerah Emas Queen’s Commonwealth Essay Competition 2024.

Mereka membuat keputusan menyertai pertandingan esei itu sewaktu kunjungan singkat ke London untuk menemui kakak mereka, Sofea Arisya Muhammad Shaifuddin dan berjaya menghasilkan esei yang diperlukan di sebalik masa persediaan yang terhad.

Sofea, pelajar tahun tiga Wharton Business School, University of Pennsylvania, mengikuti program seberang laut di King’s College London, ketika itu.

Saudara kembar ini melahirkan rasa girang mereka serta syukur di atas kejayaan yang diraih dan berkongsi persediaan rapi yang mereka lakukan untuk pertandingan esei berkenaan.

“Memenangi anugerah ini memberi motivasi untuk kami meneruskan usaha mencari cara baharu untuk melahirkan pandangan kami menerusi penulisan,” kata keduanya dalam kenyataan bersama yang dihantar ke Bernama.

Sebelum kejayaan ini, Anas dan Amir pernah menyertai peraduan esei yang lain, tetapi penyertaan untuk Queen’s Commonwealth Essay Competition, adalah yang pertama.

Esei mereka, yang memberi tumpuan kepada tema nilai kekeluargaan, perpaduan dan warisan budaya, ternyata paling unggul dalam kalangan ribuan esei yang diterima oleh pihak penganjur.

Esei Anas, bertajuk A Culinary Journey with Tok and Me, memberi peluang kepada pembaca untuk berkongsi pengalamannya mempelajari cara memasak makanan tradisional Malaysia daripada neneknya (Tok).

“Nak buat kuih yang sedap mesti ada rasa kasih dalam setiap langkah membuat kuih itu’,” nenek Anas memberitahunya.

Menurut Anas, pesanan neneknya itu mengajar dirinya kepentingan bersabar, daya kreatif serta nilai menyatukan komuniti menerusi makanan.

Sementara itu, esei Amir, A Malaysian Tale of Family and Unity, menekankan kepentingan perhimpunan keluarga sewaktu musim perayaan seperti hari raya.

Dia menggambarkan suasana meriah, berkongsi makanan dan tradisi yang mengeratkan lagi jalinan silaturrahim sesama anggota keluarga, di samping nilai-nilai berkenaan penting memupuk perpaduan dalam Komanwel.

“Bagi saya, tradisi ini adalah simbol kekuatan dan perpaduan, nilai yang saya percaya boleh menyatukan semua dalam Komanwel,” katanya.

Tema Queen’s Commonwealth Essay Competition 2024, berkisar kepada nilai-nilai kekeluargaan, hospitaliti, kerjasama, hormat-menghormati serta maruah – konsep yang digunakan oleh Anas dan Amir untuk esei mereka.

Saudara kembar ini juga menyatakan penghargaan kepada guru bahasa Inggeris mereka, Sir Qassim dan En Ng atas bimbingan serta galakan yang diberikan untuk mereka berkarya sebagai penulis muda.

Mereka juga melahirkan harapan esei yang dihasilkan itu akan memberi inspirasi kepada yang lain untuk mencuba kuasa penceritaaan serta menjadikan nilai-nilai seperti perikemanusiaan dan saling hormat-menghormati, malar segar, dalam evolusi dunia yang kian pesat.

Sumber: BERNAMA