Mempunyai majikan dan bekerja dalam syarikat yang baik adalah impian setiap pekerja

Apatah lagi jika dihargai dengan mendapat pelbagai reward setiap tahun, sudah tentu para pekerja sayang mahu tinggalkan syarikat kerana seronok bekerja dalam suasana positif.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan dinner sebuah syarikat yang memberikan banyak hadiah mewah untuk staf mereka yang menunjukkan prestasi bagus.
Apa yang membuatkan ramai kagum dengan majikan syarikat tersebut adalah apabila antara hadiah utamanya merupakan sebuah rumah banglo bernilai RM800,000!
Bukan itu saja, bos syarikat berkenaan turut menghadiahkan beberapa buah rumah, tajaan pakej umrah dan haji, bilik tidur mewah dan juga kereta untuk pekerjanya yang terpilih.
Susulan tularnya video tersebut, netizen turut memuji majikan syarikat itu iaitu Bonda Rozita yang tidak lokek untuk berkongsi rezeki bersama para pekerjanya.


– Sumber: SAYS

