PM Thailand sokong peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025

Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, menyatakan sokongannya terhadap peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun depan.

Beliau turut menyuarakan harapan Malaysia dan Thailand dapat bekerjasama demi kebaikan kedua-dua negara dan ASEAN secara keseluruhannya.

“Saya komited untuk mengekalkan dinamik hubungan kita dan usaha ke arah keamanan dan kemakmuran bersama,” kata beliau pada sidang media bersama pada Isnin.

Paetongtarn dalam lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber: Sinar Harian