Gara-gara Hadir Lewat ke Exam SPM, Cikgu Gigih Telefon Pelajar Sampai Dapat

Baru-baru ini tular di Tiktok apabila seorang cikgu gigih hubungi pelajar beliau yang lewat hadir ke peperiksaan SPM.

Menerusi akaun Tiktok Cikgu Hanom Taib @cikguhanomtaib, seorang guru gigih menelefon pelajar beliau yang lewat hadir ke peperiksaan.

Mereka gigih buat berpuluh-puluh panggilan kepada pelajar tersebut.

Image via @cikguhanomtaib (TikTok)

“Awak jangan hadir lewat ke sekolah ya. Banyak perkara cikgu nak urus sebelum awak masuk dewan. Terutama kehadiran, jangan sampai tak hadir SPM tanpa sebab.

“Ramai yang nak kena menjawab untuk awak ni kalau tak hadir. Macam-macam jawapan cikgu nak kena sedia. Apa pun move on dari sejarah. Bersedia untuk matematik pulak ya. Fighting,” pesannya.

Kegigihan guru tersebut dipuji oleh netizen.

Sehingga kini, masih tak diketahui status sama ada pelajar tersebut hadir atau tidak.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah bermula sejak 2 Disember dan akan berakhir pada 6 Februari.

Sumber: SAYS